Friday 21 February 2014



Sekarang burger bakar tumbuh bak cendawan, dari Rawang Burger bakar, Burger bakar Kaw Kaw, Burger Bakar Abang Burn dan macam – macam lagi dan di merata rata tempat.
Saya mengenali Yazid Burger ini ketika ia masih di jual menggunakan van di belakang Management and Science University (MSU). Ketika itu terdapat  pelbagai pilihan burger yang ditawarkan seperti Burger Sos Mashroom, Burger Satay, Tom Yam, BBQ dan sebagainya. Untuk saiz biasa yang beratnya 250g berharga RM 4.50 – 6.50 ia amat berbalai.  Tetapi secara tiba – tiba ia menghilang diri sehinggalah saya menonton pada Jalan – jalan cari makan di TV3.

Terletak di Medan Selera Anjung, Seksyen 7 Shah Alam (belakang UNISEL). Yazid Burger menawarkan burger dengan beberapa saiz yang paling kecil 250g = RM 10, 500g = RM 20 dan yang paling besar 1KG = RM 40 dan anda boleh membuat pilihan :
  1. jenis roti ( oregano, garlic, honey oat, dan wholemeals)
  2. jenis patty ( satay, blackpepper, bbq, mushroom, n tomyam)
  3. jenis sos ( tomato, cili, mustard, mayonis, thousand island n bbq)
  4. jenis sayur ( salad, bawang, tomato, timun, kobis, n carrot)
  5. jenis buahan ( epal, nenas, n zaitun)
  6. daging ( ayam atau lembu)
  7. sos tambahan ( blackpepper, mushroom, cheezy, n jalepeno)
  8. cheese ( 2 keping, 5 keping, dan 10 keeping)
Jika anda susah hendak membuat pilihan, just order ” apa – apa jelah” .  Yazid Burger dibuka dari jam 11 pagi – 11 malam, tetapi harus di ingat selalunya jika anda ke kedai burger ini jam 9 malam kemungkinan besar burger sudah habis, untuk selamat anda boleh membuat tempahan terlebih dahulu melalui : email yazidburger@gmail.com atau sms ke 019 6888709.

0 comments:

Post a Comment