BLACK CANYON COFFEE, ALAMANDA
Setelah berjumpa client di kawasan putrajaya, penulis mengambil kesempatan untuk mencuba makanan di Alamanda Putrajaya. Bertempat di food court, banyak pilihan untuk mencuba pelbagai jenis makanan tetapi pada masa tersebut tempat duduk agak terhad kerana time makan tengah hari. Hanya terdapat beberapa tempat sahaja yang masih kosong dan antaranya ialah Black Canyon Coffee (BCC).
Suasana di BCC agak menarik dan tenang dengan layanan nya agak mesra. Di sini terdapat banyak pilihan untuk dicuba dari kategori Nasi, Noodle, hinggalah western food. Terapi akan menghairankan didalam menu tersebut terdapat tulisan thailand… herm mungkin BCC ni berasal dari sana kot? Untuk makan tengah hari, penulis mencuba set promosi yang terdiri daripada Phat thai, Mini tomyam dan Ice cream manakala untuk minuman Black Canyon Ice Coffee.Tiada yang menarik dari segi makanannya, bagi penulis harga tidak berbaloi dengan apa yang di beri, jauh lebih sedap jika makan di kedai makan masakan thai yang lain. Coffe di BCC rasa agak masam dan sangat manis, bagi penulis coffee sepatutnya pahit dan ia mengigatkan penulis rasa coffee yang berasal dari Vietnam yang sememangnya rasa masam.
Pada pendapat penulis, mungkin BCC ini sesuai untuk mengadakan launch meeting bersama pelanggan bukan untuk family.
0 comments:
Post a Comment