Genre : Komedi (Seram)
Arahan : Mamat Khalid
Pelakon : Awie, Ezlynn, Rashidi Ishak dan pelakon asal Zombie K.P & HKLBR
Tahun : 2013
Rating : 3/5
Awal tahun lalu, PF tertanya-tanya filem
tempatan pertama apakah yang akan ditonton kerana masa itu agak kabur dengan
senarai filem Malaysia di pawagam. Nampaknya, filem Mamat Khalid ini menjadi
pilihan. Sekuel Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR) dan melengkapkan trilogi
Kampung Pisang ini masih meneruskan hantu-hantu yang mengganggu penduduk Kampung
Pisang, selain mengembalikan satira penduduk Kampung Pisang. Mon (Ezlynn) yang
kini guru balik ke Kampung Pisang. Husin pula telah pulang dari Singapura dalam
keadaan muflis menjalinkan kembali percintaan dengan Mon. Kedatangan Dr Samsudin
dari Johor Bahru telah mengucar-kacirkan keadaan kampung.
HMDJPT adalah kisah asal-usul Kampung Pisang,
bagaimana ianya wujud. Tidak dapat dinyatakan di sini takut terkeluar pula
spoilernya nanti. Awal filem ini agak tidak menyengat dengan kemunculan Afdlin
Shauki berambut panjang itu. Ah, berapa Afdlin dapat untuk itu saja? Dengan
watak extra yang tak memberi sepenuhnya. Kemunculan watak-watak baru
sebagai penduduk kampung, Kak Limah yang tidak lagi sakit, kedatangan Dr
Samsudin secara tiba-tiba dan percintaan Mon dan Husin menjadi latar kepada
trilogi kampung Pisang kali ini. Secara keseluruhannya, PF melihat, HMDJPT
adalah salinan semula HKLBR. Lawak-lawaknya masih sama yang mana memang itu
adalah trademark penduduk di situ. Melihat keadaan itu, penonton adakalanya
tidak ketawa melihat babak-babak yang pernah kita lihat di HKLBR kerana tidak
ada kejutan. Apatah lagi ketiadaan Abi Hurairah (Johan) ternyata menumpulkan
himpunan pelakon kali ini dari segi lawak-lawaknya. Yup, memang benar penangan
Johankan? Kak Limah pula, dahulunya adalah subjek utama kali ini hanya mucul
sebagai pelakon tambahan di mana kemunculannya kurang memberi kesan. Sekiranya,
Kak Limah terlibat sekali dalam himpunan para pelakon itu mungkin kita dapat
lihat kepentingan Kak Limah dalam misteri hantu-hantu Kampung Pisang walaupun
ianya tidak berkaitan. Tapi, ianya dilupakan kerana memberi peluang kepada isu
kedatangan Dr Samsudin tadi.
Melihat himpunan watak penduduk kampung yang
ada di antaranya adalah watak baru, ianya tidak menjadi satu hal. Kita boleh
terima atas alasan kelainan yang mahu diberi, cuma kadang-kadang tidak tahu mana
silapnya bahasa tubuh mereka tidak terkawal seakan rapi dirancang dan tidak
natural. Paling nyata adalah pergerakan seragam dan pergerakan biji mata yang
teragak-agak dan hilang arah. Apatah lagi, pelakon baru yang agak kaku yang
penunggang motor Usop. Wah, teliti benar. Bukan apa, sebab terganggu juga, bukan
sengaja mencari kesalahan kecil filem ini. Satu 'penambahbaikan' dalam HMDJPT
adalah penggunaan CGI yang kiranya tidaklah cacat mana dan PF tidak ada masalah
dengan penggunaan CGI dalam filem ini. Begitu juga dengan kisah masa lalu
Kampung Pisang yang cuba diterangkan kepada penonton menjadi filem ini lebih
menarik untuk di tonton. Selainnya hiburan ringan yang boleh dilayan walaupun
agak kurang umphh berbanding HKLBR. Ermm, apakah maksud toncit
sebenarnya?
Al Fatihah untuk Allahyarham Zami Ismail.
0 comments:
Post a Comment