Genre : Aksi 1 & 2Arahan : Je-Kyu Kang
Kos : US25 juta
Pelakon : Dong-gun Jang, Jo Odari, Bingbing Fan, In-kwon Kim
Tahun : 2012
Filem Seumpamanya : filem perang yang lain
Rating : 4/5
Filem perang
bukan genre PF. Mungkin ini filem paling mahal Korea Selatan setakat ini, PF
gagahkan jua menonton. Perasaannya sama kalau Malaysia mengeluarkan filemnya
yang termahal. Menonton dalam keadaan pening bukan satu pilihan tepat. Kepala
yang pusing ditambah tembakan-tembakan dan durasi yang panjang sedikit
menyeksakan. Yang lainnya filem ini dengan filem perang yang PF tonton adalah
watak utama bukanlah askar asli yang sengaja masuk tentera, tetapi adalah
hukuman dan dipaksa berperang. Berdasarkan kisah benar, filem ini melibatkan
lebih kurang 4-5 medan perang yang berbeza, di kawasan kota yang musnah, di
tanah tandus dan di pantai (shooting di Korea, China, France, Russia &
Latvia). Boleh kata babak peperangan di tempat-tempat yang dinyatakan tadi
memang best dan boleh buat anda kagum! Cuma yang tak best sikit di awal-awal
filem ini adalah pasal marathon yang buat PF waarghh.....(menguap). 2 sahabat
yang mulanya kawan kemudian terpaksa bermusuh dan kemudian berkawan semula.
Sampai satu babak mereka ni macam pasangan gay pun ya. (samalah mcm Snow Flower
& Secret Fan yg berkawan rapat ala lesbian). Rasanya pelaburan yang besar ke
atas filem ini boleh nampak secara visual tetapi dari ketepatan sejarah, maaf PF
tak dapat pastikan. Jika anda berminat boleh membaca sejarah atau latarbelakang
2 watak utamanya. Kepada peminat filem sebegini, jangan lepaskan
peluang.
p.s dalam popularnya Kpop dan drama Korea sekarang, perlukah produksi drama atau filem kita pun shooting kat Korea? Apa relevannya?
p.s dalam popularnya Kpop dan drama Korea sekarang, perlukah produksi drama atau filem kita pun shooting kat Korea? Apa relevannya?
0 comments:
Post a Comment