Thursday, 27 June 2013

Senaman ringkas di pejabat

10 langkah senaman ringkas untuk lebih sihat dan gembira semasa berkerja

1. Gunakan tangga: Tak mahu menunggu lama dah bersesak di dalam lif?
- Gunakan tangga lebih baik kerana ia bagus untuk otot kaki dan juga jantung. Pengudaraan juga lebih baik.

2. Lari setempat: Sibuk berkerja tanpa henti? 
- Berhentilah untuk seketika, bangun dari tempat duduk dan cuba berlari setempat. 
- Lebih bagus, lari sambil lutut di angkat ke atas.

3. Banyak berjalan: Daripada anda mendial sambungan dan menghantar email kepada rakan sekerja yang tempatnya hanya selangkah dua, lebih baik anda meringankan kaki dan berjalan ke tempat mereka.

4. Kerusi imaginasi: Ia adalah sangat bagus untuk membina kekuatan dan daya tahan. 
- Caranya ialah dengan berdiri di tepi dinding , bengkokkan lutut dan bersandar pada dinding sehingga peha selari dengan lantai ibarat duduk di atas kerusi. 
- Tahan dalam masa 30-60 saat. Untuk membakar lebih kalori, 
- Silangkan pergelangan kaki anda untuk 15 saat dan tukar.

5. Angkat kaki: 
- Semasa anda duduk, angkat dan luruskan satu ataupun kedua-dua kaki anda dah tahan dalam 5 saat atau lebih. 
- Turunkan semula kaki tanpa cecah ke lantai.
- Letakkan beban di atas kaki anda seperti beg tangan untuk menambah berat. 

6. Half squat: 
- Mulakan dengan berdiri dengan kaki yang lurus. 
- Bengkokkan kaki supaya peha hampir selari dengan lantai seperti duduk di atas kerusi. Angkat tangan lurus kehadapan dan tahan sehingga kiraan 10. Jangan terus duduk bagi mengelakkan tegang otot.

7. Tumbuk ke udara: Kertas kerja anda diterima baik oleh ketua? 
- Raikannya dengan melayan muzik di playlist anda dalam masa yang sama membentuk lengan. 
- Tumbuk ke udara seperti seorang juara dan teruskan untuk 60 saat atau lebih. 

8. Tolak dinding: Bosan menunggu rakan sekerja?
- Gunakan masa itu untuk membina otot lengan anda. 
- Tampung diri anda menggunakan tangan sahaja kearah dinding. 
- Tolak badan kearah dinding sehingga lengan atas anda hampir bertemu dinding kemudian tolak kembali keluar seperti membuat push-up. Ulang kembali.

9. Regangan leher: Penat seharian menghadap kerja, rehatkan diri seketika dengan membuat regangan. 
- Duduk dalam posisi yang tegak di atas kerusi dengan tangan kanan menyentuh kepala dan tarikkan tengkuk anda ke sisi sehingga 10 saat.

10. Kekalkan posisi yang betul: Posisi yang betul adalah penting untuk kerja seharian di pejabat. 


-  Betulkan ketinggian kerusi untuk memastikan kaki, pinggul dan lengan adalah 90 darjah daripada lantai. Jangan membongkokkan badan!

Kredit:Kevin Zahri

0 comments:

Post a Comment