Tembikai mengandungi 92% air dan 8% gula. Ia juga mengandungi
antioksidan lycopene yang mampu mencegah daripada pelbagai penyakit
terutamanya kanser. Hal ini dilaporkan di laman web Centers for Disease
Control and prevention, Atlanta.Mengikut pengkaji-pengkaji dari
Universiti Harvard, lelaki banyak mengambil makanan yang mengandungi
lycopene mempunyi risiko rendah menghidapi penyakit kanser
terutamanya kanser prostat.
Buah tembikai juga kaya dengan vitamin C dan beta karotena.
kedua-dua ini merupakan antioksidan yang diperlukan kerana
ia berfungsi memperbaiki sel-sel badan yang rosak di samping
mencegah kanser. mengikut satu kajian yang dilakukan di
Universiti harvard, beta karotena berfungsi membunuh sel-sel kanser
di samping mampu mengubah protein yang diperlukan oleh sel-sel kanser
ini dan dengan itu mencegahnya supaya terus tumbuh.
Tambahan daripada itu tembikai kaya dengan kalium (potasium)
Apabila seseorang mengambil separuh sahaja daripada buah tembikai,
dia memperoleh lebih kurang 825mg kalium. Kalium adalah zat logam
penting yang berperanan merendahkan tekanan darah. Hal ini pernah
dinyatakan oleh Dr.George webb, Profesor Madya dalam bidang
fisiologi dan biofizik dari universiti Vermont College of Medicine.
Kalium juga berfungsi menghalang kolesterol keji (bad cholesterol)
daripada melekat dan menyempitkan pembuluh darah arteri.
Di samping kalium, tembikai juga mengandungi asid folik,
sejenis vitamin B yang diperlukan oleh ibu bagi mencegah bayi
dalam kandungan daripada mengalami kecactan dan penyakit
jantung. mengikut Prevention's new Foods for Healing Guide,
kajian yang dilakukan ke atas 4,000 orang ibu mendapati bayi-bayi
yang dilahirkan oleh ibu yang mengambil asid folik dengan kadar
yang mencukupi, berisiko lebih renmdah mengalami kecacatan otak
dan saraf tunjang berbanding bayi-bayi yang lain.
0 comments:
Post a Comment