Sering kali kita terdengar pantang larang dalam pemakanan seharian. Antaranya adalah seperti jangan meminum air berselangan dengan suapan makanan ataupun jangan memakan buah-buahan selepas sesuatu hidangan. Adakah pantang larang ini boleh diguna pakai? Dan adakah pantang larang ini boleh membantu kita dalam proses menurunkan berat badan? Di sini kami akan menyenaraikan jenis-jenis pantang larang dalam pemakanan yang boleh membantu untuk menurunkan berat badan.
Bagi mereka yang mempunya penyakit darah tinggi ataupun hipertensi, mereka boleh mengamalkan diet yang dikenali sebagai DASH (Dietary Approaches to Stop Hypertension). Diet ini mengamalkan pengambilan lebih sayur-sayuran, buah-buahan dan gandum. Tidak lupa juga pengambilan produk tenusu kurang lemak dan protein dengan amaun yang sederhana. Dengan diet ini, ia akan menrendahkan kadar tekanan darah dan mengurangkan risiko serangan penyakit jantung.
Di samping itu, bagi individu yang ingin mengurangkan berat badan, dia boleh mengamalkan kaedah pengawalan amaun makanan. Ini boleh dijalankan dengan cara membiasakan diri untuk makan semeja dengan orang yang makan dengan amaun yang sedikit dan memakan makanan yang sihat. Dengan cara ini, kita akan terikut-ikut jejak langkah teman semeja kita itu sekaligus menanamkan sifat pemakanan secara sihat ini di dalam diri kita.
Pengambilan makanan-makanan manis tidak sama sekali membahayakan diri kita, tetapi bergantung kepada amaun yang diambil. Seperti yang selalu diperkatakan, jika kita mengambil ia dengan amaun yang banyak, kita akan mengidam untuk memakannya lagi. Jelas sekali jikalau makanan manis ini diambil dengan amaun yang banyak akan memudaratkan diri kita. Kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi dan gantikannya dengan kismis atau pun buah-buahan. Selain itu, lebihkan pengambilan makanan yang mengandungi karbohidrat kerana ia membantu untuk diri kita sentiasa berasa kenyang. Secara tidak langsung, kita boleh mengurangkan amaun makanan yang diambil dalam masa sehari.
Selain itu, kita juga tidak boleh mengamalkan pengambilan makanan sihat dengan kuantiti yang banyak. Makanan sihat yang dimaksudkan di sini adalah makanan-makanan yang dilabelkan dengan organik, kurang lemak dan tinggi dengan gandum tidak sama sekali ia bermaksud ia makanan yang betul-betul sihat. Dengan kesalah fahaman yang berlaku di sini, kita mula mengamalkan pengambilan makanan seperti ini dengan amaun yang banyak. Kita menghiraukan kandungan kalorinya dan sekaligus menaikkan kandungan kalori di dalam badan kita.
Secara logiknya, hadkan pemakanan kita di dalam amaun yang sederhana. Selain itu,hadkan pembelian buah-buahan dan sayur-sayuran kita dan jikalau boleh, belilah keluaran tempatan. Hal ini kerana buah-buahan dan sayur-sayuran mula hilang nutrisi nya di saat ia dipetik. Jika kita beli dengan amaun yang banyak, kita akan mengambil masa yang lama untuk menghabiskannya dan kebarangkalian besar buah-buahan dan sayur-sayuran itu tidak mengandungi nutrisi lagi.
Dengan pengamalan pemakanan seperti ini, individu dapat mengelakkan daripada kejadian yang tidak diingini seperti bertambah berat badan ataupun kenaikan risiko menghidapi penyakit. Selain itu, ia juga membentuk individu untuk melatih diri dengan pemakanan yang sihat dan juga membantu untuk mengurang kan berat badan dan mengurangkan risiko untuk dihidapi penyakit.
Thursday, 13 June 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
cayalah bro...
ReplyDelete