Resepi Chicken Tortilla
Bahan-bahan:
1 ayam bahagian dada (yang telah dibuang kulit dan lemak dan dibelah 2)
1 sudu besar serbuk Mexican spice
1 sudu besar sos Lea&Perrins
1 sudu besar hot sauce/Tabasco
1 sudu kecil serbuk lada putih
garam secukup rasa
2 sudu besar grape seed oil
1 biji bawang (kuning yang telah dihiris kasar)
8 ulas bawang putih (yang telah dicincang)
¼ cawan stock daging
70gm cendawan white button (yang telah dihiris)
2 cubit herba thyme
¼ iceberg lettuce (yang telah dihiris nipis)
2 biji tomato (yang telah dipotong bulat)
roti tortilla whole wheat
French dressing
Cara penyediaan:
• Perapkan ayam bersama Mexican spice, sos Lea&Perrins, hot sauce, lada putih, garam secukup rasa.
• Panaskan grape seed oil didalam kuali leper dan tumiskan bawang kuning dan masukkan bawang putih yang telah dicincang, apabila hampir layu masukkan ayam.
• Masukkan stock danging dan keluarkan ayam apabila ia separa masak dan hiriskannya. Masukkannya semula ke dalam kuali dan masukkan cendawan dan herba thyme. Biarkan ia masak.
• Tuangkan sedikit French dressing keatas roti tortilla, dan taburkan iceberg lettuce keatasnya. Susunkan tomato yang telah dihiris dan tuangkan ayam yang telah dimasak tadi. Gulungkan tortilla dan sedia untuk dihidang.
0 comments:
Post a Comment