Tuesday 21 January 2014


Bahan-bahan:
Sos strata:
2 sudu besar minyak zaitun
12 ulas bawang putih (yang telah dicincang halus)
3 biji tomato roma (yang telah dipotong dadu kecil)
1 sudu kecil herba thyme (yang telah dicincang halus)
1 sudu herba oregano (yang telah dicincang halus)
1 sudu herba tarragon (yang telah dicincang halus)
250gm tomato puree
1 sudu besar tomato paste
½ cawan stock sayuran
1 sudu kecil serbuk cayenne pepper
1 sudu kecil serbuk lada hitam
garam secukup rasa

Strata:
10 keping roti oatmeal (yang telah dibuang kulit dan dipotong)
80gm cendawan white button (yang telah dihiris)
80gm cendawan brown button (yang telah dihiris)
80gm cendawan Portobello (yang telah dihiris)
1 biji bawang kuning (yang telah dipotong bulat)
5 biji telur
1 sudu kecil mustard
garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
1 cawan susu rendah lemak
100gm keju mozzarella rendah lemak
1 sudu kecil truffle oil
Cara Penyediaan:
• Pansakan minyak zaitun didalam periuk dan tumiskan bawang putih yang telah dicincang sehingga harum.

• Masukkan tomato dan tumis sehingga tomato kelihatan layu.

• Masukkan herba-herba yang telah dicincang.

• Masukkan tomato puree, tomato paste dan stock sayuran, gaulkan sehingga rata dan biarkan ia mendidih seketika.

• Masukkan cayenne, lada hitam dan garam secukup rasa.

• Susunkan roti yang telah dipotong kedalam loyang yang telah disapukan dengan sedikit minyak zaitun. Tuangkan sos yang telah dimasak tadi, pastikan ia menutupi permukaan roti. Taburkan cendawan yang telah dihiris dan taburkan bawang kuning. Lakukan langkah yang sama untuk lapisan kedua.

• Pukulkan telur bersama mustard, garam dan lada secukup rasa dan susu sehingga sebati. Tuangkan sedikit demi sedikit keatas strata sambil mencucuk lapisan roti dengan menggunakan pisau. Pastikan kesemua lapisan roti dapat menyerap bancuhan telur.

• Taburkan keju mozzarella dipermukaan strata dan tuangkan truffle oil diatasnya.

• Masukkan strata kedalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190 darjah celcius selama 35 minit.

0 comments:

Post a Comment