BPL 2013/14 (Game 21) - Stoke City 3-5 Liverpool
Pertemuan dengan pasukan Stoke City pada tengah malam tadi, membuatkan diri kita sebenarnya hampir kena stroke. Perlawanan yang sengit dan lebih dikuasai oleh pasukan Stoke, membuatkan Liverpool terpaksa berhempas pulas sebelum menang dengan keputusan 3-5.
Memang diakui, ilmu yang diturunkan oleh Mark Hughes kepada anak-anak buahnya pada perlawanan ini sememangnya menjadi. Corak kawalan bola serta hantaran yang kemas membuatkan pertahanan Liverpool yang diketuai oleh Skrtel dan Toure bahkan Mignolet sendiri pun menjadi kelam kabut. Mungkin akibat terlalu lama tidak diturunkan dalam kesebelasan utama, gandingan Skrtel dan Toure nampak sedikit goyah.
Terima kasih diucapkan kepada Showcross kerana telah menghadiahkan gol sendiri kepada pasukan Liverpool. Gol yang berpunca daripada rembatan deras Cissokho, bola mengenai badan Showcross sebelum meluru masuk ke gawang dikala Jack Butland sudah pun tersilap langkah. Sepatutnya selepas mendahului 0-2 hasil jaringan Suarez, pemain-pemain Liverpool perlu lebih rakus lagi mencipta serangan. Malangnya sikap alpa membiarkan dua orang bekas pemain Liverpool Peter Crouch membuat tandukan dan Charlie Adam membuat percubaan dari luar petak penalti, telah mengikat kedudukan 2-2 hingga tamat separuh masa pertama.
Liverpool bernasib baik apabila pengadil perlawanan Anthony Taylor telah menghadiahkan sepakan penalti apabila Sterling telah dikasari oleh Marc Wilson didalam kawasan kotak penalti. Seperti biasa, sepakan penalti berjaya disudahkan oleh Gerrard untuk membawa Liverpool mendahului. Kemasukkan semula Sturridge untuk menggantikan Coutinho sememangnya amat dinanti-natikan oleh kita. Hasilnya gandingan Sturridge dan Suarez telah membuahkan hasil dimana hantaran Sturridge kepada Suarez telah menghasilkan gol ke-4 dan seterusnya hantaran Suarez kepada Sturridge juga beraya disudahkan untuk Liverpool terus mendahului walaupun John Walters berjaya merapatkan kedudukan sebelumnya
Tahniah juga diucapkan kepada Mignolet, ,walaupun beliau tertewas sebanyak 3 kali, tetapi beliau juga telah banyak menyelamatkan bola-bola maut yang hampir membocori gawang Liverpool. Apapun 3 mata wajib telah berjaya diperolehi untuk membolehkan terus kekal didalam kelompok 4 terbaik. Walaupun kurang menguasai perlawanan, tetapi menggunakan peluang yang ada dengan penyudah yang baik adalah punca kejayaan pada perlawanan ini. YNWA
0 comments:
Post a Comment