Thursday 5 September 2013



Pestabola Merdeka, salah satu kejohanan terulung yang dilangsungkan di Malaysia akan kembali dianjurkan pada tahun ini. Kejohanan Pestabola Merdeka edisi ke 41 kali ini akan melibatkan 4 pasukan bawah 23 negara yang bakal bersaing dalam Sukan SEA tahun ini. Pasukan yang akan bertanding dalam Pestabola Merdeka 2013 adalah Malaysia, Singapura, Thailand dan Myanmar.
Penganjuran kejohanan pada tahun ini akan diadakan di Pahang bagi memberi peluang kepada peminat di Pahang serta yang berhampiran untuk memberikan sokongan kepada pasukan kebangsaan. Penganjuran semula Pestabola Merdeka yang kali terakhir diadakan pada tahun 2008 akan memberikan pasukan skuad bawah 23 peluang membuktikan kehebatan mereka.

Harga tiket Pestabola Merdeka 2013

Bahagian Timur : RM38 , RM48, RM68
Grandstand : RM128 ( untuk dua perlawanan pada hari yang sama)
Bahagian Timur Semusim : RM209
Grandstand Semusim : RM 375
Selain itu tiket boleh dibeli menerusi hotline :=
Ticketpro : 03-78807999
dan di cawangan Ticketpro di seluruh Malaysia
Perlawanan terakhir antara Malaysia dan Thailand akan dimainkan di Stadium Darul Makmur, Kuantan manakal pertemuan Singapura dan Myanmar akan dilangsungkan di Stadium Temerloh secara serentak pada Rabu 11 September.
Sepak mula adalah pada 8.45 malam dan tiket bagi perlawanan di Temerloh dijual dengan harga RM38 dan RM28

0 comments:

Post a Comment