Monday 9 September 2013


Seperti yang kita ketahui, walaupun Laman rasmi Liverpool FC masih belum mengumumkan secara rasmi pembelian terakhir bagi perpindahan musim panas 2013 ini, ,tetapi kelibat tiga muka baru yang di gosip-gosipkan telah pun berada di Liverpool untuk bersama-sama menonton perlawanan diantara pasukan Liverpool menentang pasukan MU pada hari Ahad yang lalu. Mereka ialah Tiago Ilori, Mamadou Sakho dan Victor Moses yang sudah pun mempersetujui terma dan syarat perpindahan dan hanya menunggu untuk pemeriksaan perubatan serta sign kontrak sahaja yang belum. Walaubagaimanapun, dua orang pemain Liverpool juga telah dihantr kepasukan lain pada hari yang sama.

PEMBELIAN DAN PINJAMAN

TIAGO ILORI
Nama penuh : Tiago Abiola Delfim Almeida Ilori
DOB : 26 February 1993
Kelab Asal : Sporting Lisbon (Portugal)
Posisi : Pertahanan tengah
No. Jersi : 26
Nilai perpindahan : £7M


Selepas bersaranya Carragher, BR telah pun mengisi kekosongan tersebut dengan Kolo Toure. Memandangkan umur Toure yang sudah dipenghujung kerjaya serta kecederaan yang dialaminya baru-baru ini membuatkan BR membuat persediaan awal sebelum terkena batang hidung sendiri. Selain kecederaan panjang yang melanda Coates, Skrtel juga adakalanya prestasi tidak menentu dan ini menjadikan sebab mengapa biar perlu menambah baik lagi pemain baru diposisi centerback ini. Ilori telah diberikan jersi bernombor 26 yang telah lama tidak digunakan setelah pemergian Charlie Adam ke Stoke City musim lalu.

MAMADOU SAKHO
Nama penuh : Mamadou Sakho
DOB : 13 February 1990
Kelab Asal : Paris Saint-Germain (Perancis)
Posisi : Pertahanan tengah
No. Jersi : 17
Nilai perpindahan : £18M

Sememangnya BR amat risau mengenai posisi pertahanan tengah ini. Walaupun Liverpool sudah mempunyai Agger, Skrtel, Toure, Coates dan Ilori, tetapi BR tetap juga tidak berpuas hati dengan kecerdasan serta persembahan yang ditunjukkan oleh pemain pertahanan. Mungkin bagi kita pelik mengapa BR ni macam membazir je memenuhkan pemain-pemain pertahanan. Tetapi kita harus ingat, tugas BR bukan sahaja untuk kemajuan Liverpool dimasa terdekat, tetapi juga sebagai persediaan jangka masa panjang dimana mengilap pemain untuk dijadikan bintang amatlah berbaloi berbanding mengambil bintang menjadi pemain. Sakho telah diberikan jersi no. 17, jersi yag telah dipakai oleh Maxi Rodreguez sebelum ini.

VICTOR MOSES
Nama penuh : Victor Moses
DOB : 12 December 1990
Kelab Asal : Chelsea
Posisi : Sayap (winger)
No. Jersi : 12
Nilai perpindahan : LOAN (pinjaman)


Pemergian Downing ke West Ham sememangnya sedikit memberi kekecewaan kepada kita. Posisi winger kanan yang kerap diisi oleh Henderson nampak masih lemah utuk memberi hantaran-hantaran yang baik ke kawasan gol. Kehadiran Luis Alberto juga masih beum dapat menyesuaikan diri dengan corak permainan liga Inggeris. Maka jalan aternatif BR sudah tentulah mencari jalan selamat dan jimat dengan hanya meminjam Moses dari Chelsea untuk memperkuatkan jentera serangan. Musim lalu, moses hanya membuat 23 penampilan sahaja dalam kesebelasan Chelsea. Dengan kehadiran pengurus baru Chelsea Mourinho, sudah pasti moses tiada dalam percaturannya. Langkah membuat pemain pinjaman ni sebenarnya adalah baik kerana tiada banyak kos yang perlu ditanggung oleh pasukan. Sekiranya aksinya malap, bolehlah dihantar balik tanpa was-was, dan jika mantap boleh bodek untuk sign tetap.


PENJUALAN DAN PINJAMAN

FABIO BORINI (pinjaman)
Selain Aussama Asssaidi, Borini juga adalah diantara pembelian BR yang kurang menyerlah. Borini juga telah menerima nasib yang sama seperti Assaidi dihantar kepasukan lain untuk menimba ilmu dan memperbaiki kelemahan masing-masing. Bezanya jika Assaidi di hantar ke Stoke City, Borini pula telah dihantar ke Sunderland. Rasa-rasanya nyawa Borini di Liverpool pun tak lama. Selain kerap sangat cedera, pemain-pemain dari negara Itali sememangnya sukar untuk membawa diri dengan corak permainan disini. Jadi menghantar beliau secara pinjaman diibaratkan menarik rambut dari tepung. Dari menyemak kat bengku simpanan dan tada pasukan yang berkenan, baik dipinjamkan saja.


DANIEL PACHECO (perpindahan percuma)
Pacheco yang telah dibawa ke Liverpool pada tahun 2007 oleh Rafa Banitez telah banyak melalui zman sukar di Liverpool. Bermula bermain dengan skuad remaja Liverpool, beliau telah diserapkan ke skuad senior pada tahun 2009. Malangnya aksi beliau gagal menambat hati pengurus-pengurus Liverpool. Maka setiap tahun sudah pasti beliau dihantar untuk sambung belajar ke pasukan lain secara pinjaman. Walaupun jauh perjalanan, tetapi tetap juga Pacheco ni kurang juga pengetahuan dan pengalaman. Maka jalan terakhir jual juga jawapan yang diberi. Kelab yang berminat mengambil beliau ialah, AD Alcorcon kelab division 2 liga Sepanyol. Division 2 pun tak mengapa sebab yang penting Pacheco sudah boleh balik kampung hari-hari.



0 comments:

Post a Comment