Saturday 7 September 2013


Agak kelakar rasanya apabila beberapa minggu yang lalu ramai di antara kita mengatakan bahawa Lukaku akan menjadi future star Chelsea, lebih bagus dari Torres & Ba, bakal menyerlah pada musim baru ini akhirnya dipinjamkan ke Everton. Selepas gagal menyempurnakan sepakan penalti dalam keadaan yang high pressure ketika menentang Bayern, ramai pihak mahu melihatnya keluar dari Chelsea. Atas sebab kerana hanya miss satu penalty kick. Dulu apabila dia menjaringkan hatrik & perform gempak, ramai yang berkata "Chelsea silap loankan dia kelab ini, itu, ini". Tetapi bila dia hanya miss satu penalty kick, timbul anggapan seperti "Lukaku tak menyerlah, striker yang teruk". Tipikal manusia. Torres yang sudah bermusim-musim di Stamford Bridge & diberi banyak peluang sekali pun tetapi masih belum membuktikan nilai 50 juta nya itu. Sampaikan Mourinho pun ada mengeluarkan statement "Torres masih belum justify nilai 50 jutanya itu, nilainya sekarang lebih kurang 20 juta." Sebab itu Mourinho ushar Rooney & Eto'o kerana beliau tahu ketidakkonsistenan Torres bila2 masa sahaja akan berlaku lagi.

Apa pun ini satu penghijrahan yang bagus dari Lukaku. Boleh tingkatkan prestasinya, timba lebih banyak pengalaman dalam kancah EPL serta belaja dari kesilapan. Everton pun kalau tak silap aku, musim ini mereka beraksi di Europa League, jadi di situ Lukaku dapat ambil peluang untuk menyinar di pentas Eropah pula. Jika tidak di-loan, di Chelsea dia akan berada di bangku simpanan sampai akhir musim & perkara itu boleh menjejaskan dirinya untuk beraksi di World Cup tahun depan.  Jika dia mampu mengulangi prestasinya seperti mana yang dilakukan bersama kelab West brom musim lepas, aku percaya Lukaku akan dapat balik kepercayaan Jose Mourinho.

Eto'o pun hanya sain kontrak satu tahun, selepas musim ini, dia mungkin akan keluar. Jadi masih ada peluang untuk Lukaku buktikan sesuatu yang lebih gempak kepada Chelsea, lebih2 lagi kalau nak main dalam kesebelasan utama.

Nota kaki : Steve Clarke mesti akan cakap "Kalau aku tahu Chelsea nak loankan Lukaku, aku dulu yang akan hantar offer." (sebab Lukaku punya impak bersama kelab West brom musim lepas memang terbaik, tengok statistik dia lah kalau tak percaya.)

Serba sedikit info tentang apa yang berlaku kepada kem Chelsea pada transfer deadline day semalam :

# Moses diloankan ke Liverpool.
# Ada beberapa lagi pemain muda Chelsea yang di-loan ke kelab2 luar.
# Dua hari lepas Chelsea beli pemain sayap Porto, Christian Atsu & kemudian pinjamkannya ke kelab Vitesse,
# Arsenal gagal dapatkan Ba secara pinjaman walaupun ada sumber mengatakan Ba sudah menjalani medical test di sana. Try harder Wenger.

0 comments:

Post a Comment