Thursday 5 September 2013


Pestabola Merdeka 2013 merupakan kejohanan Pestabola Merdeka yang ke-41 di mana ianya bakal berlansung pada 7 hingga 13 September 2013 ini. Kejohanan bersejarah pada kali ini akan dijalankan di Kuantan, Pahang.
Pestabola Merdeka pada kali ini akan disertai empat buah negara termasuk tuan rumah Malaysia, Singapura, Thailand dan Myanmar. Difahamkan Malaysia akan menghantar skuad bawah 23 tahun, begitu juga dengan pasukan lain bagi persedian menghadapi Sukan SEA 2013.
Mampukah Harimau Muda melakar kejayaan pada edisi Pestabola Merdeka 2013 ini? Jika dilihat, pasukan Malaysia pernah muncul juara Pestabola Merdeka sebanyak 9 kali dan kali terakhir pada tahun 2007 ketika menewaskan Myanmar 3-1 dalam perlawanan akhir.
Jangan lepaskan peluang untuk menonton setiap perlawanan PestabolaMerdeka pada kali ini, di mana semua perlawanan akan ditayangkan secara lansung di Astro Arena (801), Astro Supersport (816), Astro Supersport HD (834) dan TV9. Ikuti jadual perlawanan Pestabola Merdeka 2013 di bawah:

Jadual Perlawanan Pestabola Merdeka 2013

7 September 2013 (Sabtu)
Malaysia lwn Singapura (5.30 ptg)
Thailand lwn Myanmar (8.45 mlm)
9 September 2013 (Isnin)
Thailand lwn Singapura (5.30 ptg)
Malaysia lwn Myanmar (8.45 mlm)
11 September 2013 (Rabu)
Malaysia lwn Thailand (8.45 mlm)
Singapura lwn Myanmar (8.45 mlm)
14 September 2013 (Sabtu)
Penentuan tempat ke-3/4 (5.30 ptg)
Akhir (8.45 mlm)

Semua perlawanan akan dilansungkan di Stadium Darul Makmur, kecuali perlawanan di antara Singapura dan Myanmar akan dilansungkan di Stadium Temerloh.
Jangan lepaskan peluang untuk menonton kesemua perlawanan dan memberi sokongan kepada pasukan Harimau Muda di Pestabola Merdeka 2013.

0 comments:

Post a Comment