Budaya Menyambut Hari Perayaan Masyarakat Majmuk Malaysia
Hari Raya Aidifitri
Esok masyarakat Islam akan menyambut perayaan Hari Raya Puasa. Rakyat Malaysia berketurunan Melayu yang majoritinya beragama Islam akan meraikannya dengan pulang ke kampung halaman bagi yang berasal dari kampung. Bagi mereka yang tinggal di bandar, samada mengunjungi rumah sahabat atau bersiar-siar di pasaraya-pasaraya ternama seperti Pavillion, Mid Valley dll.
Manakala masyarakat berketurunan Cina dan India yang merupakan hampir separuh dari penduduk Malaysia akan turut bercuti dengan berehat-rehat atau berjalan-jalan dengan ahli keluarga masing-masing.
Chinese New Year.
Masyarakat berketurunan Cina akan berada sekurang-kurangnya sehari di rumah ibubapa, kemudian akan bercuti bersama-sama keluarga samada di dalam atau di luar negara.Pada ketika ini amat sukar bagi kita mencari bilik hotel kerana kebanyakannya telah habis ditempah.
Orang Melayu dan India akan berehat atau nersiar-siar bersama ahli keluarga.
Deepavali
Masyarakat India akan menyambutnya dengan pulang ke kampung halaman dan meraikannya bersama ibubapa. Adalah menjadi lumrahnya mereka akan berkumpul beramai-ramai di rumah orang tua.
0 comments:
Post a Comment