Pakej pilihan berbuka puasa:
Pakej Ekonomi – Berbuka Puasa di Rumah / Masakan Rumah
Berbuka puasa di rumah bukan sahaja jimat tetapi juga sihat. Masakan keluarga yang tersayang setentunya mengikut citarasa.
Pakej Standard - Berbuka Puasa di Rumah / Makanan Beli
Mereka yang berkeluarga kecil atau bekerja memilih untuk membeli makanan untuk juadah berbuka puasa. Ini kerana mereka merasa ia lebih berbaloi dan jimat jika di bandingkan memasak sendiri. Akan tetapi pastikan menahan nafsu ketika membeli makanan sebab apabila perut kosong kita menjadi mudah 'lapar mata'. Semua makanan terasa enak sehingga tergoda untuk membeli juadah berlebihan. Maka, ia akan menjadi pembaziran jika ada makanan yang terpaksa dibuang.
Pakej Istimewa– Berbuka Puasa di Restoran / Kedai Makanan
Ramai juga yang berbuka di luar kerana kesuntukan masa untuk pulang berbuka di rumah selepas waktu berkerja. Dari itu, di ingatkan agar memesan makanan untuk berbuka dengan bijaksana berlandasan bajet.
Pakej Eklusif – Berbuka Puasa di Hotel
Di sini anda menikmati makanan jamuan berselerak (buffet) dengan berbagai hidangan yang lazat berharga 'premium'. Biasanya, mereka yang berbuka di sana kerana ingin 'menghadiahkan' diri dengan makanan istimewa. Akibatnya, pada masa itu ada yang makan berlebihan kerana nak lepaskan 'geram' dengan makanan idaman.
Pakej 'Potluck' – Berbuka Puasa Beramai-ramai
Pakej ini sesuai bagi mereka yang berkeluarga besar. Pasti ia mempereratkan hubungan dalam keluarga. Apatah lagi bersembahyang berjemaah selepas berbuka puasa.
Pakej berbuka puasa yang mana anda tergolong?
Kredit: http://bazaarramadhan.com
0 comments:
Post a Comment