Saturday 20 July 2013

Resipi Ramadan Special Anis Nabilah: Ikan Siakap Stim Limau

Bahan-bahan:

½ batang Leek

3 cm Halia Muda

8 biji Cili Padi Merah

3 Biji jus Limau Nipis

1 Akar Daun Ketumbar

13 ulas Bawang Putih

1 sudu kecil Minyak Bijan

1 sudu besar Minyak Ikan

Garam secukup rasa

Serbuk Lada Putih secukup rasa

4 batang Serai


Cara Menyediakan:

• Hiriskan nipis leek, halia muda, cili padi merah dan akar daun ketumbar.

• Tiga biji limau nipis perahkan jusnya.

• Taburkan bahan-bahan yang telah dihiris tadi.

• Masukkan sedikit bawang putih yang telah diblend.

• Tuangkan jus limau, minyak bijan, minyak ikan, garam, serbuk lada putih dan gaulkan bahan-bahan tersebut.

• Letakkan ikan di atas bahan-bahan tadi dan taburkan lagi bahan-bahan yang telah dihiris tadi.

• Letakkan serai yang telah dititik.

• Balutkan ikan siakap dengan aluminium foil.

• Masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190 Celsius selama dua puluh minit.

• Hiriskan daun ketumbar dan taburkan di atas ikan yang telah dimasak.

0 comments:

Post a Comment