Wednesday, 10 July 2013

Makan dengan perlahan. Kenapa?

Bertemu kembali kita pada kali ini membincangkan tentang isu kesihatan dan kecergasan. Artikel hari ini akan membincangkan berkenaan tentang 'makan dengan perlahan' . Adakah ia mitos yang diberikan agar kita tidak tersedak jika makan dengan gelojoh. Atau adakah ia dapat mengurangkan berat badan? Apakah kaitan makan dengan perlahan dan juga mitos tersebut?

Bila ramai orang yang menjaga kesihatan serta menjaga berat badan akan mengawal jumlah kalori harian dan memahami apakah kumpulan makanan tersebut seperti karbohidrat, protein, fiber dan sebagainya. Selain daripada itu, pada kali ini, kita akan membincangkan tentang isu 'bagaimana' kita perlu makan. Apakah kelebihan jika makan dengan perlahan? Mari kita lihat beberapa sebab seperti berikut:

Mengurangkan jumlah makanan yang diambil 

Jika kita makan dengan perlahan, ia akan membuatkan anda makan dengan hidangan yang sedikit. Hal ini telah dibuktikan oleh satu kajian yang dijalankan di University of Rhode Island dimana 60 orang dewasa telah diuji untuk makan serentak tetapi dengan pengambilan yang berbeza. Ia membuktikan bahawa individu yang makan dengan perlahan akan mengambil 2 auns makanan per minit. Manakala individu yang makan dengan banyak akan mengambil 3.1 auns per minit. Ia jelas membuktikan bahawa makan dengan perlahan dapat mengurangkan pengambilan hidangan yang banyak. Oleh itu, tidak lupa juga pastikan hidangan yang diambil berkhasiat dan cukup memberi tanaga dan zat penting untuk tubuh badan anda. 

Mengambil masa 20 minit untuk kenyang?

Ya betul. Otak kita memainkan peranan dalam segala aspek. Termasuklah ketika menikmati hidangan makanan anda. Kajian telah menunjukkan bahawa minda dan otak kita akan memberi 'signal' kekenyangan selepas 20 minit kita menikmati hidangan makanan tersebut. Seringkali kita akan rasa kurang kenyang jika jumlah hidangan yang diambil itu sedikit. Akan tetapi, percayalah, otak berfungsi menghantar proses kekenyangan tersebut setelah 20 minit berlalu selepas makan. Ianya amat penting kerana anda harustahu bagaimana organ didalam badan kita ini berfungsi.

Oleh itu, jika individu sedar dengan keadaan ini, mereka dapat mengawal jumlah makanan yang diambil dan secara tak langsung dapat mengurangkan berat badan anda. 


Kevin Zahri is a US AFTA certified personal trainer and nutritionist, and the author of several fitness books and ebooks, including the best-selling "How to Lose 5kg in 5 Weeks". Visit kevinzahri.com

0 comments:

Post a Comment