Wednesday, 10 July 2013

Chef Anis Nabilah Ep5 - Beef Pot Pie / Pai Daging

Bahan-bahan:

300gm Daging Batang Pisang
1 sudu besar Grape Seed Oil
1 biji Bawang Kuning
10 ulas Bawang Putih
¼ cawan Stok Daging
1 sudu kecil Serbuk Lada Hitam
Garam secukup rasa 
100gm Cendawan Brown Button
50gm Kacang Peas
¼ cawan Krim Masakan
½ batang Herba Rosemary 
Loyang Pie
Puff Pastry
Telur

Cara Menyediakan:

• Menggunakan daging batang pinang yang telah dipotong dadu.
• Panaskan dengan grape seed oil dan masukkan daging.
• Masukkan bawang kuning dan bawang putih yang telah dicincang.
• Masukkan stok daging dan serbuk lada hitam dan sedikit garam.
• Hiriskan cendawan brown button dan masukkan ke dalam periuk.
• Masukkan kacang peas dan gaulkan.
• Tuangkan krim masakan dan herba rosemary.
• Masukkan inti tersebut di dalam Loyang pie.
• Tutupkan loyang tersebut dengan Puff pastry yang telah sedia digelek.
• Sapukan sedikit telur dipermukaan puff pastry.
• Masukkan ke dalam oven pada suhu 190 Celsius selama 15 minit.

0 comments:

Post a Comment