Bahan-bahan:
5 ulas Bawang Merah
2 sudu besar Grape Seed Oil
2 sudu besar Cili Boh
8 ulas Bawang Putih
2 sudu besar Udang Kering
100gm Ayam (bahagian isi, yang dipotong dadu)
2 sudu besar Kicap Pekat
Garam secukup rasa
4 biji cili padi merah
2 biji Cili Hijau
1 biji Tomato(yang dipotong dadu)
500gm Mi Kuning
70gm Taugeh
6 biji Tauhu kering
3 Biji Telur
Cara Menyediakan:
• Panaskan bersama grape seed oil.
• Tumiskan bawang merah yang telah dihiris, kemudian masukkan cili boh.
• Tumiskan cili boh sehingga pecah minyak.
• Masukkan bawang putih yang telah dikisar dan udang kering yang telah direndam bersama air panas dan ditumbuk sehingga lumat
• Masukkan ayam yang telah dipotong dadu.
• Masukkan ayam kicap pekat, gaulkan sehingga rata.
• Garam secukup rasa dan cili yang dibelah dua.
• Masukkan tomato dan cili hijau.
• Masukkan mi kuning.
• Masukkan taugeh dan tauhu kering.
• Masukkan telur di bahagian bawah kuali, asingkan mi, masukkan telur dan tanamkan mi di atas telur.
• Biarkan 30 saat dan gaulkan mi tersebut.
Credit: Chef Anis
0 comments:
Post a Comment