Tuesday 20 August 2013



BEKAS bintang Argentina, Pablo Aimar sah bakal beraksi bersama pasukan Johor Darul Takzim (JDT) musim depan.

Kelibat pemain yang di canang bakal menyertai pasukan Harimau Selatan itu mula hangat diperkatakan sejak kehadirannya di Johor Bahru, 22 Jun lalu.

Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim dalam satu kenyataannya memuji keputusan Pablo Aimar untuk bersama JDT.

Meskipun sesi menandatangani kontrak tidak didedahkan, namun Pablo Aimar menolak beberapa tawaran untuk bersama dengan JDT.

“Dia (Aimar) tersenyum dan menjawab bahawa keputusan beliau untuk bermain bersama JDT bermula sejak beliau tiba di Johor sebelum ini, beliau sukakan suasana kehidupan di sini dan merasakan Johor merupakan tempat yang sesuai bagi diri dan keluarganya.

“Beliau juga datang bukan sahaja untuk beraksi bersama Johor, tetapi juga berhasrat untuk menyumbang ke arah pembangunan belia di peringkat akar umbi dan juga di peringkat akademi, setelah bersara bermain bola sepak kelak.

"Wang bukanlah segala-galanya bagi seorang pemain bola sepak profesional,” katanya dalam kenyataan yang dipetik di laman Facebook Johor Fan Club.

Tunku Ismail berkata, Pablo memilih untuk bersama Johor kerana penyokong Johor. Tunku Ismail sebelum ini telah melontarkan hasrat untuk menyunting pemain Benfica itu.

0 comments:

Post a Comment