BPL 2013/14 (Game 30) - Cardiff City 3-6 Liverpool
Ingat pasukan Chelsea saja ke yang boleh buat keputusan perlawanan macam keputusan main tenis. Liverpool pun boleh jugalah. Walaupun bolos tiga gol, kena ingat Liverpool main di gelanggang lawan dan juga melawan pasukan yang cukup sebelas pemain hingga tamat perlawanan. Tak macam Chelsea yang membelasah Arsenal 6-0 dan Manchester City membelasah Fulham 5-0 tu. Selain mereka bermain di gelanggang sendiri, mereka juga menentang pasukan lawan yang bermain 10 orang. So Liverpool ni kiranya masih hebat lagi lerkan. hehehe.
Pada perlawanan menentang pasukan Cardiff City ini, Liverpool memulakan perlawanan dengan keadaan agak kelam kabut. Liverpool seperti masih lagi berada ditahap honeymoon diatas kemenangan dengan Manchester United minggu lalu. Terlalu banyak memberi ruang untuk pemain-pemain Cardiff bergerak bebas telah membuatkan dua kali pasukan Cardiff mendahului. Nasib baik pemain-pemain cepat sedar dan mampu untuk kembali berada dilandasan yang sebenar apabila berjaya menyamakan kedudukan 2-2 sehingga tamat separuh masa pertama melalui jaringan Suarez dan Skrtel.
Skrtel pemain yang hebat untuk musim ini. Walaupun diwaktu mabuk ketumnya mampu untuk menjaringkan gol sendiri, ada waktunya ok dialah menjadi penyumbang gol dalam kebangkitan pasukan Liverpool. Mungkin kita masih ingat sewaktu dua gol jaringannya ketika Liverpool membelasah pasukan Arsenal 5-1 dahulu. Pada perlawanan ini sekali lagi beliau telah mengukir nama sebanyak dua kali sebagai penjaring gol. Jika kita lihat kehebatan Skrtel menjaringkan gol ini bukan sahaja melalui tandukkannya, malahan tapak kasutnya juga mampu untuk menolak bola ke dalam gawang pasukan lawan. Gol kedua dari Skrtel inilah yang telah membawa angin perubahan untuk Liverpool lebih ganas merobek gawang pasukan Cardiff.
Seperti biasa juga apabila Suarez sudah kembali menemui sentuhannya, sudah pasti pasukan lawan akan menjadi lebih gementar. Ini terbukti selepas manjaringkan satu gol pada separuh masa pertama, Suarez terus mencipta lagi dua gol tambahan yang menjadikan jaringan hattrik pada perlawanan ini. Dengan jaringan hattrik ini Suarez telah mengumpul 28 gol keseluruhan dalam kempen Premier League. Rasanya dah tiada siapa boleh kejar Suarez untuk mendapatkan anugerah kasut emasnya itu.
Sturridge yang masih juga mengekalkan sikap bermain secara kedekut adakalanya juga tetap tidak menghampakan. Hasil persefahaman dan budi yang baik, Suarez tanpa segan silu telah melorongkan bola untuk Sturridge menyumbangkan satu gol pada perlawanan ini. Tetapi yang masih menjadi satu trauma kepada kita, bahagian pertahanan Liverpool masih lemah untuk mudah dibocori oleh pihak lawan. Bayangkan ketga-tiga gol yang dihasilkan oleh Cardiff tersebut boleh dianggap mudah. Itulah akibatnya pemain pertahanan sering lalai dan gagl untuk memupuk persefahaman yang jitu.
Apapun tiga mata berharga terus berjaya dikekalkan untuk Liverpool terus menghimpit pasukan Chelsea di puncak liga dengan perbezaan 4 mata dan Liverpool masih lagi hutang satu perlawanan. Dengan kemenangan ini juga Liverpool telah mencatat kemenangan untuk kali ke-6 berturut-turut serta masih belum tewas lagi disaingan Premier League untuk tahun 2014 ini. Harapnya Liverpool mampu untuk mengekalkan rentak kemenangan yang berterusan bagi mengekalkan tempat untuk layak ke kejohanan Champion League musim hadapan dan seterusnya memintas Chelsea untuk Liverpool bergelar juara liga bagi musim 2013/14 ini. YNWA.
CARDIFF CITY : Marshall; Fabio, Theophile-Catherine, Caulker, Cala, John (Zaha), Medel, Kim (Daehli), Mutch; Bellamy (Jones), Campbell
SUBS : Lewis; Turner, Whittingham, Jones, Gunnarsson, Daehli, Zaha
LIVERPOOL : Mignolet, Johnson, Flanagan (Cissokho), Agger, Skrtel, Gerrard, Allen, Henderson, Coutinho (Sterling), Suarez, Sturridge (Sakho)
SUBS : Jones, Sakho, Cissokho, Lucas, Moses, Sterling, Aspas
0 comments:
Post a Comment