Saturday 7 September 2013


"Ini bukanlah keputusan yang sukar. Saya melihat kualiti yang dimiliki oleh Chelsea, lantas saya menerimanya dengan hati yang terbuka. Saya juga gembira dapat bekerja sama dengan Jose Mourinho."

Samuel Eto'o Fils.

Yeah, ini baru betul pemain yang kita mahukan.

Pedulikan Rooney, walaupun Eto'o bukan pilihan utama Mourinho namun kerana shrek itu memilih untuk kekal bersama MU, jadi biarkan. Mourinho mahu menyelamatkan kariernya daripada terus berada di belakang Van Persie tetapi dia memilih untuk tetap setia di Old Trafford, jadi apa boleh kita buat. MU terlalu istimewa buat Rooney, so let it go. Karier dia tidak akan berkembang pun jika diletakkan sebagai pilihan kedua.

Jadi Mourinho meneruskan plan B nya itu dengan menandatangani Eto a.k.a bekas anak didiknya di Inter. Dulu ketika era pertama bersama Chelsea, Mourinho pernah cuba untuk beli Eto tetapi Barca tidak mengizinkan. Mourinho pernah plan untuk gandingkannya dengan Abang Drogba tetapi tidak kesampaian. Kita semua tahu konflik Mourinho & Barca macan mana.

Eto'o ini masih antara striker terbaik di dunia. Kalau dia dapat ulang prestasinya sewaktu di Barca & Inter, masalah Chelsea di bahagian striker aku anggap sudah setel. Tidak ada masalah untuk kita memenangi treble musim ini.

Cemerlang bersama Barca, cemerlang bersama Inter & tidak salah jika aku katakan bahawa striker kelahiran Douala, Cameroon itu akan tampil cemerlang juga bersama Chelsea.

Harapan aku agar Eto'o dapat beraksi sehabis baik untuk tempoh 1 tahun terakhir di Stamford Bridge. Apa boleh buat, dia hanya sain kontrak selama setahun. Selepas pada itu bergantung kepada board club sama ada mahu memperbaharui atau tidak kontraknya itu.

Eto'o datang, Torres ? Ba ? macam mana pula ? 

Ba mungkin akan di-loan ke Newcastle, manakala Torres tidak kemana-mana. Sukar untuk melepaskan pemain yang mempunyai tag price 50 juta. Perform teruk sekalipun, harganya itu telah menyelamatkan Torres. Nasib baik Ba dibeli hanya 7 juta sahaja.

Info lain : Hasil undian peringkat kumpulan Champions league semalam meletakkan Chelsea di group E bersama dengan FC Schalke, FC Basel & Steau Bucharest. Ini group yang normal & rasanya tidak ada masalah untuk melepasi ke peringkat yang seterusnya. Musim lepas kita pernah menyingkirkan dua dari 3 team tersebut di saingan Europa League. Namun itu tidak bermakna kita harus memandang rendah keupayaan mereka. Mungkin musim ini mereka lebih kuat, siapa tahu kan ?

0 comments:

Post a Comment