Wednesday 18 September 2013


Mengikut perspektif aku, Chelsea memandang rendah keupayaan Everton. Mereka tak begitu aktif dalam transfer window baru2 ini + 3 kali berturut-turut seri + di bawah pengurus baru, jadi para pemain kita akan fikir ia akan jadi satu game mudah. Sikap acuh tak acuh memakan diri. Jika nak ukur kualiti bahagian serangan Chelsea & Everton, sudah tentu kita tahu yang mana lagi hebat. Sepanjang 90 minit perlawanan berlangsung, Everton lebih aggresif, lebih dahagakan gol berbanding Chelsea. Sememangnya mereka layak untuk memungut 3 mata penuh.

Bila sudah kalah & tak menjaringkan apa2 gol, sudah tentu kita akan persoalkan taktikal yang dibuat oleh pengurus. Schurrle tidak sepatutnya bermain dalam kesebelasan utama. Dia mensia-siakan peluang terbaik untuk Chelsea leading 1-0 sebelum Naismith score. Dan aku pasti ramai yang tidak berpuas hati ketika Mata dikeluarkan. Mata adalah pemain terbaik Chelsea untuk dua musim berturut-turut & juga game-changer, di situ terdapat sedikit kekeliruan ketika dia digantikan dengan Oscar. Jika Mourinho lebih awal memainkan Hazard, Oscar & Mata, rasanya situasi mungkin akan jadi berbeza. Kemasukan Torres pula hanya sekadar melengkapkan substitution. Mankala debut pertama Eto'o kurang memuaskan. Jadi secara keseluruhan Chelsea bermain buruk. Kita harus terima kekalahan ini & mengakui kehebatan Everton. Kalau lihat statistik pun, sebelum ini Chelsea selalu dapat mimpi ngeri di Goodison Park. Lebih2 lagi mengingatkan kita kepada Carlo Ancelotti & AVB yang dipecat sejurus sahaja Chelsea kalah 1-0 di sana.

Walaupun kalah aku masih berfikiran positif. Jangan fikir kalah dengan Everton ini prestasi kita sudah merosot lah, Chelsea main makin teruk. Ini baru awal musim. Terlalu awal untuk kita nilai semua itu.  MU musim lepas pun kalah 1-0 dengan Everton di sana & 9 bulan berikutnya mereka juara liga. Chelsea sudah tentu akan bangkit segera selepas ini. Tidak guna jika awal musim bagus, tapi kemudiannya tidak konsisten & terus tercicir mata.

0 comments:

Post a Comment