Friday 21 February 2014

Bagi yang menggemari masakan Padang dan Negeri Sembilan, anda bolehlah berkunjung ke Restoran Salero Negori. Terletak di aras 2, BB Plaza, restoran ini menampil konsep yang lain dari yang lain. Konsep 2 dalam 1 ini membolehkan pengunjung yang berkenan dengan perabot antik yang terdapat di dalam restoran ini memilikinya.

Setiap perabot termasuklah kerusi dan meja tempat anda menikmati hidangan mempunyai tanda harga yang boleh dirujuk. Dibuka pada Julai 2007, cawangan di BB Plaza ini merupakan cawangan Restoran Salero Negori yang ke – 4 daripada 5 cawangan kesemuanya. Perniagaan anak – beranak ini diusahakan oleh keluarga Encik Azman dan isterinya Puan Khalkani serta dibantu 3 anak mereka Khairunisa, Azim dan Fifi.

0 comments:

Post a Comment