Tuesday, 2 July 2013

Video Masakan Anis Nabilah Ep10-Sup Kepah Kuey Teow

Bahan-Bahan:

½ batang Leek

4 ulas Bawang Putih 

7 biji Cili Padi Merah

2 cm Halia Muda

½ biji Bawang Kuning

1 sudu kecil Lada Putih

1 sudu besar Grape Seed Oil

1 kg Kepah

3 batang Serai

1 batang Daun Bawang

Garam secukup rasa

1 biji Limau Kasturi

½ sudu kecil Minyak Bijan

½ sudu kecil Minyak Cili

Cara Menyediakan:

• Hiriskan nipis leek, bawang putih, halia muda dan bawang kuning.
• Cili padi merah belah kepada dua.
• Tumbukkan biji lada putih.
• Panaskan grape seed oil dalam periuk.
• Tumiskan leek, halia dan bawang putih.
• Masukkan air dan kepah.
• Masukkan serai yang telah dititik  dan cili padi merah dan biarkan sehingga mendidih.
• Hiriskan daun bawang untuk ditaburkan sebagai hiasan.
• Masukkan sedikit garam dan serbuk lada putih.
• Bersihkan kuey teow dan tapiskan.
• Hiaskan bersama bawang kuning, limau kasturi, minyak bijan dan juga minyak cili.


Tips: Jika tiada kepah, anda boleh gantikan dengan lala. Pastikan kepah ataupun lala anda  segar!

0 comments:

Post a Comment