Wednesday 10 July 2013

Manfaat Kesihatan Dengan Secawan Kopi

Ramai yang tidak sedar bahawa minuman kopi mempunyai banyak manfaat kepada kesihatan. Banyak kajian telah dilakukan oleh para saintis dan mereka telah mendapati pelbagai penemuan yang menakjubkan mengenai kopi serta kesan positifnya terhadap kesihatan.

Setelah dijadikan minuman, nutrien yang terdapat dalam biji kopi kebanyakkannya masih terus kekal dan hadir dalam minuman itu. Kopi secara amnya mengandungi kandungan vitamin dan mineral yang agak tinggi. Dalam secawan kopi, anda akan mendapat khasiat dari Asid Pantotenik (Vitamin B5), Riboflavin (Vitamin B2), Niasin (B3), Thiamin (B1), Kalium dan Mangan. Bukan itu sahaja, kopi juga mengandungi begitu banyak antioksidan sehinggakan melebihi kandungan antioksidan yang terdapat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran. 


Pembakaran lemak  

Bahan aktif dalam kopi iaitu Kafein dapat merangsang sistem saraf pusat yang akan meningkatkan kadar metabolisma badan dan seterusnya membantu membuang asid lemak daripada tisu-tisu lemak. 


Pengurangan Risiko Diabetes Jenis II 

Diabetes Jenis II atau penyakit kencing manis adalah penyakit gaya hidup yang berlaku apabila paras glukosa darah menjadi tinggi akibat rintangan insulin atau ketidakupayaan badan menghasilkan insulin. Menurut kajian, setiap cawan kopi boleh menurunkan risiko kencing manis sebanyak 7%. Oleh itu, lebih banyak kopi, lebih rendah risiko untuk mendapat pemyakit diabetes. 


Pengurangan Risiko Alzheimer dan Parkinson

Kajian telah mendapati bahawa mereka yang minum 3 hingga 5 cawan kopi sehari sewaktu usia pertengahan tahun mempunyai risiko 60% lebih rendah untuk mendapat penyakit Alzheimer apabila mereka tua, berbanding mereka yang tidak minum kopi atau minum sedikit sahaja. Begitu juga dengan penyakit Parkinson, dimana kopi dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit tersebut sebanyak 32% hingga 60%. 


Pengurangan Risiko Kanser

Kandungan antioksidan dalam kopi boleh membantu mencegah beberapa jenis kanser. Kajian menununjukkan mereka yang minum tiga atau lebih cawan kopi sehari mempunyai separuh daripada risiko menghidap kanser kolon berbanding mereka yang tidak minum kopi. Kajian juga menunjukkan peminum kopi mempunyai risiko 41% lebih rendah untuk mendapat  kanser hati berbanding mereka yang tidak minum kopi. Kajian-kajian lain juga mendapati kopi turut mengurangkan risiko kanser endometrium, buah pinggang dan mulut.


Baik Untuk Kesihatan Hati 

Hati adalah organ luar biasa yang menjalankan beratus-ratus fungsi penting dalam badan. Ianya sangat mudah terdedah kepada masalah pemakanan seperti pengambilan alkohol dan fruktosa yang berlebihan. Sirosis adalah peringkat akhir kerosakan hati yang disebabkan oleh penyakit seperti ketagihan alkohol dan hepatitis. Pelbagai kajian telah menunjukkan bahawa pengambian kopi yang banyak boleh mengurangkan risiko sirosis sebanyak 80% serta mengurangkan risiko kanser hati sebanyak kira-kira 40%.




Kevin Zahri is a US AFTA certified personal trainer and nutritionist, and the author of several fitness books and ebooks, including the best-selling "How to Lose 5kg in 5 Weeks". Visit kevinzahri.com

0 comments:

Post a Comment