Tuesday 9 September 2014


Woo Ming Jin kembali dengan filem melayu ketiga beliau selepas Salon (2005) dan Seru (2011 bersama Pierre Andre). Dengan tema yang baru, seorang mamak (Shaheizy Sam - err muka tak berapa mamak) yang ingin lari dari kebiasaan ; mamak dan cupcake. Kata pengarahnya di laporan berita Awani, dia seorang mamak ingin jadi urban. (KL Zombie arahan Woo belum ada press conference).

Sinopsis : Filem ini berkisar tentang seorang anak jati Penang berketurunan Mamak iaitu MJ (Shaheizy Sam) yang mempunyai konflik minat dan matlamat hidup yang sangat berbeza di mana MJ amat meminati pembuatan kek cawan atau cupcake.

Malangnya, hasrat beliau terhalang kerana terpaksa bertarung hasrat bapanya yang menginginkan beliau untuk mewarisi perniagaan tradisi keluarganya. MJ hampir berputus asa sehinggalah beliau berjumpa dengan seorang gadis iaitu Juliana (Siti Saleha) yang mengembalikan semangat beliau.

Jadi, yang mana satukah pilihan MJ? Adakah MJ akan terus meneruskan perjuangan beliau demi minat ataupun meneruskan tradisi turun temurun perniagaan keluarganya? Nantikan kesudahan filem Mamak Cupcake yang bakal menemui anda tidak lama lagi.
 
 

0 comments:

Post a Comment