Wednesday 10 July 2013

Panduan Senaman untuk Obesiti (Obesity Guidelines)
Kebiasaannya, mereka yangmengalami obesiti akan menghadapi kesukaran untuk memulakan penurunan berat badan kerana pelbagai cabaran yang dihadapi. Meskipun cabaran tersebut datang dari luar atau dalaman, tiada apa yang mustahil sekiranya anda tahu langkah yang betul yang harus diambil untuk mengurangkan berat badan yang berlebihan.

Senaman yang bersesuaian merupakan antara langkah asas yang perlu dititikberatkan dalam proses penurunan berat badan. Tidak semua senaman boleh dilakukan oleh mereka yang mempunyai berat badan yang berlebihan atau tergolong dalam kategori obesiti ini kerana kemampuan yang ada pada mereka terbatas.

Oleh itu, adalah diingatkan supaya berhati hati ketika memilih senaman yang bersesuaian untuk mengelakkan sebarang beban kecederaan kepada otot dan sendi yang mememangnya menyeksakan jika perkara yang tidak diingini berlaku.

·  Mulakan dengan senaman berimpak rendah serta kadar intensiti yang tidak tinggi untuk memastikan kecenderungan berlakunya kecederaan dapat dikurangkan.

·  Sebagai contoh, anda boleh berjalan selama satu jam di atas treadmill dan mampu membakar hampir 400 kalori.

·  Pastikan anda meminimumkan tekanan ke atas lutut kerana jika tekanan yang terlampau berat akan mengakibatkan sendi anda cedera dan ligament putus.

·  Pelbagaikan senaman kardiovaskular dan aktiviti fizikal mengikut keupayaan seperti berbasikal dan lain lain yang dirasakan sesuai.

·  Jika seseorang berasa tidak yakin untuk aktiviti berjalan dan seumpanya, berenang merupakan cara yang disyorkan untuk mereka yang mempunyai berat berlebihan. Berenang tidak mempunyai  sebarang impak terhadap lutut dan sekaligus membakar kalori pada masa yang sama.

·  Disamping senaman yang bersesuaian, suka diingatkan bahawa peranan terpenting dalam mengurangkan berat badan ialah dengan menjaga pemakanan. Diet yang betul dan seimbang ditambah gaya hidup aktif dapat menjadikan seseorang yang 'obesiti' kepada lebih berkeyakinan dan sihat.


Kevin Zahri is a US AFTA certified personal trainer and nutritionist, and the author of several fitness books and ebooks, including the best-selling "How to Lose 5kg in 5 Weeks". Visit kevinzahri.com

0 comments:

Post a Comment